Sangat berbakat perempuan ini...
"Setiap kejadian kita sama ada kelebihan atau kekurangan kita datangnya dari Allah s.w.t..
Janganlah kita mencemburui akan kelebihan orang lain kerana kekurangan yang kita miliki...kerana suatu hari pasti akan terserlah jua apa yang dimiliki tanpa kita sedari..."
Friday, January 6, 2012
Sunday, January 1, 2012
Japan i'm coming!!!
Trip to Japan selama 4 hari yang besttttttt..
Sebelum gi jalan-jalan mesti mau tengok map ye..kan tersesat pulak...
ape pun mesti pose dulu...sbg kenang - kenangan...
Banyak makan sayur waktu kat jpn..bagus tuk kesihatan..
Kawan yg sama-sama gi jpn...sejuk woooo....
haaa..kan dah bgtau. sihat lagi berkhasiat makanan yg dimakan kat sana..
Kereta semua kontot2 je...myvi pun ambik copy idea kereta jepun jugakkan...
malas wei nak upload byk2 pic ni...ok satu je lagi pic aku
.
.
.
.
.
.
hahaha..pic yg sama diupload di profile pic fb.....
insyaAllah,thn depan ada rezeki pergi lagi....semuanya atas urusan kerja...
:-)

Wednesday, November 30, 2011
Langkah2 Mencegah Ketumbuhan Fibroids
kali ni masih puan isteri yang update.. Ini adalah info untuk sesiapa sahaja yang pernah ( mcm aku) atau yang belum pernah dlm sejarah hidupnya mempunyai fibroids..
Merujuk Dr.Hamid Arshat: ...."Fibroids tumbuh macam cendawan- boleh mengganggu kesuburan wanita..". Kenapa agaknya beliau cakap mcm tu??? sebabnya beliau pernah operate pesakitnya dan telah mengeluarkan hasil sebanyak dibawah ni....
Gerunkan???? Ni adalah 19 biji fibroids yang dikeluarkan dari seorang pesakit beliau..
Masa aku dioperate tuk buang fibroids ni, doc kata aku punya ada 2 biji...tapi sebiji shj yang di ambil gambarnye....ni ialah hasil en suami g bluetooth ngan doc pakar yang rawat (nama doc tu ialah Doc Mohan) aku setelah aku paksa suh gi bluetooth..hahaha..blh gak wat kenangankan?? selain tanda operate yang kekal kat perut tu...(sama cam org bersalin C-sect)...
huh...besarkan?? hasil yang diternak aku..hoho...
So,sebagai langkah berjaga-jaga disini aku sertakan apa yang ditulis oleh seorang dr pakar sakit puan (Dr.Hamid Arshat):
Langkah pertama ialah sejarah fibroid dalam keluarga khususnya emak, adik beradik emak dan sendiri. (Family aku xde sejarah fibroid ni)..hmmm. Baka memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2. Waspadalah jika ada baka penyakit, berjaga2 untuk mengambil langkah menjauhkan faktor2 lain.
Tumbuhan fibroid dirangsang olih hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasa ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan olih kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telor yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.
Kalau tak ada ovulation, maka kandungan progesterone tak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser.
Makanan yang berlebihan gula , minyak dan lemak akan menggalakkan estrogen. Kawal makanan2 ini jika nak selamat dari fibroid. Jauhkan makan 'junk and fast foods'.
Banyak jenis makanan yang mengandugi natural progesterone diantaranya iala keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.
Jauhkan meminum air yang terkandung dalam plastic kerana bahan2 plastik mengandungi bahan yang bolih meningkatkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.
Kurangkan kegunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Kurang makanan dalam tin.
Begitu juga bahan pencuci dapur, basuh baju dan shampo perlu diubah kepada yang organik.
Makanan dari ternakan - lembu, kambing, ayam juga sekarang banyak yang dipelihara secara organik. Ini lebih selamat pengidap2 fibroid, dan endometriosis.
Jauhkan dari coffee, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang munkin bolih menggalakkan pertumbuhan fibroids.
Lotion2 kulit yg mengandungi parabens sebagai pengawet perlu dijauhkan. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.
Saya sedang menilai rawatan untuk mengecilkan saiz fibroids dengan sejenis ubat bernama 'fibrovon' yang bertindak menyerap tisyu2 fibrous yang terkandung dalam fibroids dan adenomyosis. Dilaporkan rawatan ini berkesan untuk sengah pesakit2 yang takut dibedah.
Seseiapa yang berminat mengikuti haedah rawatan ini sila hubungi klinik Dr.Hamid Arshat di talian: 03 2094 1115.
:))))

Wednesday, November 23, 2011
Kenangan kelas 1 Ikhlas
Kali ni bukan encik suami yang update tapi puan isteri yang nak berkongsi cerita.. sepanjang tahun 2011 ni aku telah diamanahkan tuk menjadi guru kelas 1 ikhlas..kelas KRK (Kelas Rancangan Khas), kelas paling depan iaitu semua bdk yg dapat result 5A & 4A UPSR...
Jadi, agak berat tanggungjawab ni sbb perlu pastikan diorang ni semua tidak alpa dalam pelajaran bagi semua subjek supaya result yang diperolehi bagi setiap peperiksaan akan terus cemerlang... (sbnrnya byk lagi tggungjwb lain yg diamanahkan)..mcm biasa tiap2 tahun mesti byk punye bagi setiap guru.. SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)..:)...bekerjalah dengan ikhlas...:)))
ohh..ini lah anak didikku 1 ikhlas..akhir tahun mesti la bergambar kenangan tuk majalah sekolah...:)
Walaupun 3 org daripada mereka dah nak berpindah sekolah tahun dpn, diharapkan agar kalian dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan terus berusaha dalam pelajaran walau dimanapun kalian berada...semoga BERJAYA...

Thursday, October 27, 2011
Ole..ole...ole...Terengganu Nelang!!
Separuh akhir part 1 antara selangor dengan terengganu berlangsung di stadium Shah Alam..Selaku nak jati terengganu,konpem la wa sokong terengganu..
so, layankan aje video wa ni ye..
wa pun masuk tv rancangan stadium angkasa 25hb 10, jam 10 mlm baru-baru ni..bersemangat tuh cakap pasal bola...makan bola..tido bola...xyah minum la coca cola..x baik baik tuk kesihatan...
So, kepada peminat dan penyokong trg n n.sembilan..jumpa wa di stadium shah alam sabtu ni...TERENGGANU NELANGGGG!!!!! PETEH TRG PETEH....

Saturday, August 13, 2011
Kisah Cinta Pohon Epal
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.
Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.
Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.
Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..
Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.
Amin
Sumber: Kisah Cinta Pohon Epal.. | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/kisah-cinta-pohon-epal/#ixzz1Srer0ETP
Subscribe to:
Posts (Atom)