Friday, January 6, 2012

Kimchi

oh..hari ni aku masak kimchi chigae...lama gila x makan...

pic kimchi ni aku google je sbb lupa nk amik gambar sblm masak....

dan


ini pun hasil google jugak..tp ini dubu chigae..Dubu tu maksudnya tauhu...
yang aku buat x masukkan tahu..jadi namanya kimchi chigae...

Ni la rupanya....

x la semeriah daboom macam pic diatas...Asalnya nk jadikan lauk tengahari ni...
sekali aku ratah....
habis licin....nasib la ada lauk sampingan lain tengahari ni...

Bakat dan Anugerah

Sangat berbakat perempuan ini...


"Setiap kejadian kita sama ada kelebihan atau kekurangan kita datangnya dari Allah s.w.t..
Janganlah kita mencemburui akan kelebihan orang lain kerana kekurangan yang kita miliki...kerana suatu hari pasti akan terserlah jua apa yang dimiliki tanpa kita sedari..."

Sunday, January 1, 2012

Japan i'm coming!!!

Trip to Japan selama 4 hari yang besttttttt..
Sebelum gi jalan-jalan mesti mau tengok map ye..kan tersesat pulak...

ape pun mesti pose dulu...sbg kenang - kenangan...

Banyak makan sayur waktu kat jpn..bagus tuk kesihatan..

Kawan yg sama-sama gi jpn...sejuk woooo....

haaa..kan dah bgtau. sihat lagi berkhasiat makanan yg dimakan kat sana..

Kereta semua kontot2 je...myvi pun ambik copy idea kereta jepun jugakkan...




malas wei nak upload byk2 pic ni...ok satu je lagi pic aku
.
.
.
.
.
.


hahaha..pic yg sama diupload di profile pic fb.....

insyaAllah,thn depan ada rezeki pergi lagi....semuanya atas urusan kerja...

:-)

Wednesday, November 30, 2011

Langkah2 Mencegah Ketumbuhan Fibroids

kali ni masih puan isteri yang update.. Ini adalah info untuk sesiapa sahaja yang pernah ( mcm aku) atau yang belum pernah dlm sejarah hidupnya mempunyai fibroids..

Merujuk Dr.Hamid Arshat: ...."Fibroids tumbuh macam cendawan- boleh mengganggu kesuburan wanita..". Kenapa agaknya beliau cakap mcm tu??? sebabnya beliau pernah operate pesakitnya dan telah mengeluarkan hasil sebanyak dibawah ni....


Gerunkan???? Ni adalah 19 biji fibroids yang dikeluarkan dari seorang pesakit beliau..

Masa aku dioperate tuk buang fibroids ni, doc kata aku punya ada 2 biji...tapi sebiji shj yang di ambil gambarnye....ni ialah hasil en suami g bluetooth ngan doc pakar yang rawat (nama doc tu ialah Doc Mohan) aku setelah aku paksa suh gi bluetooth..hahaha..blh gak wat kenangankan?? selain tanda operate yang kekal kat perut tu...(sama cam org bersalin C-sect)...

huh...besarkan?? hasil yang diternak aku..hoho...

So,sebagai langkah berjaga-jaga disini aku sertakan apa yang ditulis oleh seorang dr pakar sakit puan (Dr.Hamid Arshat):

Langkah pertama ialah sejarah fibroid dalam keluarga khususnya emak, adik beradik emak dan sendiri. (Family aku xde sejarah fibroid ni)..hmmm. Baka memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2. Waspadalah jika ada baka penyakit, berjaga2 untuk mengambil langkah menjauhkan faktor2 lain.

Tumbuhan fibroid dirangsang olih hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasa ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan olih kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telor yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

Kalau tak ada ovulation, maka kandungan progesterone tak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser.

Makanan yang berlebihan gula , minyak dan lemak akan menggalakkan estrogen. Kawal makanan2 ini jika nak selamat dari fibroid. Jauhkan makan 'junk and fast foods'.

Banyak jenis makanan yang mengandugi natural progesterone diantaranya iala keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

Jauhkan meminum air yang terkandung dalam plastic kerana bahan2 plastik mengandungi bahan yang bolih meningkatkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.


Kurangkan kegunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Kurang makanan dalam tin.

Begitu juga bahan pencuci dapur, basuh baju dan shampo perlu diubah kepada yang organik.


Makanan dari ternakan - lembu, kambing, ayam juga sekarang banyak yang dipelihara secara organik. Ini lebih selamat pengidap2 fibroid, dan endometriosis.

Jauhkan dari coffee, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang munkin bolih menggalakkan pertumbuhan fibroids.

Lotion2 kulit yg mengandungi parabens sebagai pengawet perlu dijauhkan. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.

Saya sedang menilai rawatan untuk mengecilkan saiz fibroids dengan sejenis ubat bernama 'fibrovon' yang bertindak menyerap tisyu2 fibrous yang terkandung dalam fibroids dan adenomyosis. Dilaporkan rawatan ini berkesan untuk sengah pesakit2 yang takut dibedah.


Seseiapa yang berminat mengikuti haedah rawatan ini sila hubungi klinik Dr.Hamid Arshat di talian:  03 2094 1115.

:))))

Wednesday, November 23, 2011

Kenangan kelas 1 Ikhlas

Kali ni bukan encik suami yang update tapi puan isteri yang nak berkongsi cerita.. sepanjang tahun 2011 ni aku telah diamanahkan tuk menjadi guru kelas 1 ikhlas..kelas KRK (Kelas Rancangan Khas), kelas paling depan iaitu semua bdk yg dapat result 5A & 4A UPSR...

Jadi, agak berat tanggungjawab ni sbb perlu pastikan diorang ni semua tidak alpa dalam pelajaran bagi semua subjek supaya result yang diperolehi bagi setiap peperiksaan akan terus cemerlang... (sbnrnya byk lagi tggungjwb lain yg diamanahkan)..mcm biasa tiap2 tahun mesti byk punye bagi setiap guru.. SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)..:)...bekerjalah dengan ikhlas...:)))

ohh..ini lah anak didikku 1 ikhlas..akhir tahun  mesti la bergambar kenangan tuk majalah sekolah...:)

Walaupun 3 org daripada mereka dah nak berpindah sekolah tahun dpn, diharapkan agar kalian dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan terus berusaha dalam pelajaran walau dimanapun kalian berada...semoga BERJAYA...

Thursday, October 27, 2011

Ole..ole...ole...Terengganu Nelang!!

Separuh akhir part 1 antara selangor dengan terengganu berlangsung di stadium Shah Alam..Selaku nak jati terengganu,konpem la wa sokong terengganu..
so, layankan aje video wa ni ye..





wa pun masuk tv rancangan stadium angkasa 25hb 10, jam 10 mlm baru-baru ni..bersemangat tuh cakap pasal bola...makan bola..tido bola...xyah minum la coca cola..x baik baik tuk kesihatan...

So, kepada peminat dan penyokong trg n n.sembilan..jumpa wa di stadium shah alam sabtu ni...TERENGGANU NELANGGGG!!!!! PETEH TRG PETEH....