Wednesday, November 30, 2011

Langkah2 Mencegah Ketumbuhan Fibroids

kali ni masih puan isteri yang update.. Ini adalah info untuk sesiapa sahaja yang pernah ( mcm aku) atau yang belum pernah dlm sejarah hidupnya mempunyai fibroids..

Merujuk Dr.Hamid Arshat: ...."Fibroids tumbuh macam cendawan- boleh mengganggu kesuburan wanita..". Kenapa agaknya beliau cakap mcm tu??? sebabnya beliau pernah operate pesakitnya dan telah mengeluarkan hasil sebanyak dibawah ni....


Gerunkan???? Ni adalah 19 biji fibroids yang dikeluarkan dari seorang pesakit beliau..

Masa aku dioperate tuk buang fibroids ni, doc kata aku punya ada 2 biji...tapi sebiji shj yang di ambil gambarnye....ni ialah hasil en suami g bluetooth ngan doc pakar yang rawat (nama doc tu ialah Doc Mohan) aku setelah aku paksa suh gi bluetooth..hahaha..blh gak wat kenangankan?? selain tanda operate yang kekal kat perut tu...(sama cam org bersalin C-sect)...

huh...besarkan?? hasil yang diternak aku..hoho...

So,sebagai langkah berjaga-jaga disini aku sertakan apa yang ditulis oleh seorang dr pakar sakit puan (Dr.Hamid Arshat):

Langkah pertama ialah sejarah fibroid dalam keluarga khususnya emak, adik beradik emak dan sendiri. (Family aku xde sejarah fibroid ni)..hmmm. Baka memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2. Waspadalah jika ada baka penyakit, berjaga2 untuk mengambil langkah menjauhkan faktor2 lain.

Tumbuhan fibroid dirangsang olih hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasa ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan olih kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telor yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.

Kalau tak ada ovulation, maka kandungan progesterone tak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser.

Makanan yang berlebihan gula , minyak dan lemak akan menggalakkan estrogen. Kawal makanan2 ini jika nak selamat dari fibroid. Jauhkan makan 'junk and fast foods'.

Banyak jenis makanan yang mengandugi natural progesterone diantaranya iala keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

Jauhkan meminum air yang terkandung dalam plastic kerana bahan2 plastik mengandungi bahan yang bolih meningkatkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.


Kurangkan kegunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Kurang makanan dalam tin.

Begitu juga bahan pencuci dapur, basuh baju dan shampo perlu diubah kepada yang organik.


Makanan dari ternakan - lembu, kambing, ayam juga sekarang banyak yang dipelihara secara organik. Ini lebih selamat pengidap2 fibroid, dan endometriosis.

Jauhkan dari coffee, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang munkin bolih menggalakkan pertumbuhan fibroids.

Lotion2 kulit yg mengandungi parabens sebagai pengawet perlu dijauhkan. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.

Saya sedang menilai rawatan untuk mengecilkan saiz fibroids dengan sejenis ubat bernama 'fibrovon' yang bertindak menyerap tisyu2 fibrous yang terkandung dalam fibroids dan adenomyosis. Dilaporkan rawatan ini berkesan untuk sengah pesakit2 yang takut dibedah.


Seseiapa yang berminat mengikuti haedah rawatan ini sila hubungi klinik Dr.Hamid Arshat di talian:  03 2094 1115.

:))))

No comments:

Post a Comment